Labu sayong ialah sejenis tembikar bernama labu yang kebanyakannya berwarna hitam , yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang , dalam mukim Sayong . Iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar , Perak . Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut . Lanjutan daripada ini perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat bikar ini sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar .
Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti . Motif ukiran banyak menjurus unsur tradisional , khususnya bunga - bungaan seperti bunga tanjung , padi , senunduk . lawang , cengkih , dan pucuk rebung .
Teknik Pembuatan Labu Sayong
Perusahaan membuat Labu Sayong tergolong dalam pembuatan seramik . Peredaran zaman , telah meroevolusi kaedah pembuatannya daripada tradisional kepada moden .
- Pembuatan tradisional
- Pembuatan moden
- Teknik tamparan alin
- Teknik acuan
- Teknik sepuh
Jenis - jenis Labu Sayong
Labu Sayong jenis ini adalah labu sayong terawal yang dihasilkan . Warna hitam labu sayong adalah hasil tindak balas haba setelah dibakar didalam sekam padi .
Labu sayong jenis ini mempunyai corak beralun pada badannya menjadikannya kelihatan lebih kuno . Air yang disimpan didalam labu sayong dipercayai boleh meneutralkan tahan asid dalam badan kerana kandunagn alkali yang tinggi didalam tanah bahan yang digunakan untuk membuat labu sayong .
Labu sayong 'putih' agak berbeza daripada labu sayong yang biasa . Warnanya tidak hitam adalah kerana tidak diakar ., didalam sekam padi . Motif - motif corak yang halus menaikkan lagi nilai - nilai estetikanya .
Labu Sayong bercorak batik atau kontempori ini memiliki gaya moden yang mengubah penampilan baru labu sayong dari antik ke moden . Walaupun berubah muka , tetapi memiliki fungsi yang sama .
Labu sayong ini sama reka bentuknya dengan labu sayong yang asal , cuba saiz nya yang kecil mudah untuk di bawa kemana mana .
No comments:
Post a Comment