Saturday, 2 March 2013

Labu Sayong

Labu sayong ialah sejenis tembikar bernama labu yang kebanyakannya berwarna hitam , yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang , dalam mukim Sayong . Iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar , Perak . Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut . Lanjutan daripada ini perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat bikar ini sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar . 
Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti . Motif ukiran banyak menjurus unsur tradisional , khususnya bunga - bungaan seperti bunga tanjung , padi , senunduk . lawang , cengkih , dan pucuk rebung . 

Teknik Pembuatan Labu Sayong 
Perusahaan membuat Labu Sayong tergolong dalam pembuatan seramik . Peredaran zaman , telah meroevolusi kaedah pembuatannya daripada tradisional kepada moden . 
  • Pembuatan tradisional 
  • Pembuatan moden
  • Teknik tamparan alin 
  • Teknik acuan 
  • Teknik sepuh 

Jenis - jenis Labu Sayong 

Labu Sayong jenis ini adalah labu sayong terawal yang dihasilkan . Warna hitam labu sayong adalah hasil tindak balas haba setelah dibakar didalam sekam padi . 


Labu sayong jenis ini mempunyai corak beralun pada badannya menjadikannya kelihatan lebih kuno . Air yang disimpan didalam labu sayong dipercayai boleh meneutralkan tahan asid dalam badan kerana kandunagn alkali yang tinggi didalam tanah bahan yang digunakan untuk membuat labu sayong .

Labu sayong 'putih' agak berbeza daripada labu sayong yang biasa . Warnanya tidak hitam adalah kerana tidak diakar ., didalam sekam padi . Motif - motif corak yang halus menaikkan lagi nilai - nilai estetikanya . 

Labu Sayong bercorak batik atau kontempori ini memiliki gaya moden yang mengubah penampilan baru labu sayong dari antik ke moden . Walaupun berubah muka , tetapi memiliki fungsi yang sama . 

Labu sayong ini sama reka bentuknya dengan labu sayong yang asal , cuba saiz nya yang kecil mudah untuk di bawa kemana mana .






7 barang antik yang dijadikan sebagai harta karun negara...



Assalamualaikum…
Dalam entri kali ini..saya akan menyenaraikan 7 harta karun yang dianggap sebagai barang antik kerana harta karun ini boleh dimiliki oleh sesiapa pun dengan syarat mempunyai wang yang mencukupi untuk memilikinya pada permulaan barang-barang ini dijumpai…tetapi kebanyakannya telah pun dijadikan harta muzium…hehe..


1. Teko Naga Rajah Arab – Tanah Arab





Teko Naga Rajah Arab ini unik dan antik , pada penutup teko ini terdapat gambar ratu naga yang memakai mahkota dan di permukaan teko ini terdapat tulisan arab dan pada bahagian samping kiri terdapat ayat INNA FATAH NA LAKAL FAT HAM MUBIN.........? dan pada bahagian kanan terdapat ayat LAHAU LA WALA KUW WATA............? dan pada bahagian bawah teko ini terdapat tulisan juga dan pada perut teko ni terdapat gambar naga.Digunakan oleh saudagar Arab yang berdagang di Tanah Besar China pada zaman Dinasti Ming.Telah berusia 3 abad dan sangat bagus untuk melengkapi koleksi barang antik anda di rumah….



- P = 17 cm
- L mulut = 4 cm
- L tubuh = 11 cm
- L bawah = 8 cm



2. Barang antik Środa – Poland






Harta Karun Środa adalah salah satu artifak yang paling berharga dalam penemuan arkeologi abad ke-20. Ditemukan pada tahun 1985 selama proses renovasi di Sroda Slaska, Poland. 
Bahagian utama dari harta karun itu sekarang masih ada di muzium tempatan di Poland.Harta karun yang ditemukan termasuk mahkota Emas,yang dikatakan milik Blanche dari Valois, isteri dari kaiser Charles IV, 2 liontin emas abad ke-12, dua liontin emas abad ke-13, ukiran emas abad pertengahan dihiasi dengan batu mulia, tiga cincin, 39 koin emas, dan 2924 koin perak. 






3. Barang antik Panagyuriste - Bulgaria



Pada 8 Disember 1949 tiga bersaudara - Pavel, Petko dan Michail Deikovi bekerja bersama di sebuah wilayah "Merul" berdekatan Panagyurishte. Saat memproses lapisan baru tanah liat semasa bekerja, mereka menemukan sesuatu yang berkilauan lalu menggalinya.

Apa yang mereka gali ternyata adalah harta karun Panagyuriste, yang
dibuat dengan sempurna dengan ukiran yang mengagumkan dari Thracian, salah satu harta yang paling terkenal di dunia.Terdiri dari botol, sebuah bejana Yunani dan tujuh rhytons dengan total berat 6.164 kg emas tulen. Semua artifak ini kaya dihiasi dengan adegan dari mitos bangsa Thracian, adat istiadat dan kehidupan. diperkirakan dari abad 4 - 3 SM



4. Barang Antik Preslav – Bulgaria








Harta Karun Preslav ditemukan pada musim gugur tahun 1978 di kebun anggur di Castana, 3 km ke utara - kota terbesar kedua Bulgaria - Veliki Preslav.

Penggalian yang dilakukan menemukan lebih dari 170 barang antik emas, perak dan perunggu termasuk 15 koin perak milik Bizantium Constantine VII, Romawi II (945 dan 959) dan artifak lainnya yang berasal dari antara abad ke-3 dan ke-7.

Beberapa teknik pembuatan perhiasan yang digunakan dalam  pembuatan perhiasan, kancing, dll, dalam pengaplikasiannya dalam cetakan, toreutics, pengelasan bola emas kecil (butiran) atau kawat emas murni (kerawang), Inlays mutiara dan enamel multi-warna.


5. Barang antik Gourdon - Perancis



Barang antik ini, digali berdekatan Gourdon, Saône-et-Loire, pada tahun 1845, ianya adalah timbunan emas, yang berasal dari akhir abad kelima atau awal abad keenam, yang disimpan setelah tahun 524.
Ketika ditemukan, timbunan ini terdiri dari sebuah piala (ditampilkan di atas), sebuah paten persegi panjang, juga diterapkan dengan garnet dan pirus di bahagian cloisonne, bersama dengan sekitar 100 koin emas yang berasal dari pemerintahan kerajaan Bizantium Leo I (457-474) hingga ke kerajaan Justin I (518-527).




6. Barang antik Pereshchepina – Bulgaria





Harta Pereshchepina adalah deposit utama dari kekaiseran (kerajaan) Bizantium, Sassania, dan objek Avarian dari zaman Volkerwanderung . 
Deposit ini ditemukan pada tahun 1912 di Desa Mala Pereshchepina (13 km dari Poltava, Ukraina) oleh seorang gembala yang secara tidak sengaja tersandung bejana emas dan jatuh ke makam Kuvrat, pengasas Agung Bulgaria dan ayah dari Asparuh, pendiri Kekaisaran (kerajaan) Bulgaria Pertama. 

Timbunan ini berisi lebih dari 800 buah artifak terdiri daripada 19 bejana perak dan 16 bejana emas, termasuk rhyton dan yang lain. Selain itu,dalam penemuan itu juga terdapat tongkat dari emas, pedang besi dengan pangkal bawahnya dalam bentuk cincin dilapisi emas juga pada gagang dan sarungnya, perhiasan emas, dan banyak lagi. 



 7. Barang Antik Tillia Tepe – Afghanistan




Tillia Tepe adalah kawasan arkeologi di Afghanistan utara berdekatan Sheberghan, pada tahun 1979 oleh misi arkeologi Soviet Afghanistan yang dipimpin oleh Victor Sarianidi, setahun sebelum penaklukan Soviet terhadap Afghanistan. 

Pada timbunan di Tilia Tepe, ditemukan koleksi sekitar 20.000 perhiasan emas di enam kuburan (lima perempuan dan satu laki-laki) dengan perhiasan yang sangat kaya, berasal dari sekitar abad ke-1 SM.Secara keseluruhan beberapa ribu keping perhiasan yang ditemukan, biasanya dibuat dari kombinasi emas, pirus dan lapis-lazuli. Ornamen termasuk koin,seperangkat kalung dengan permata, tali pinggang, pingat, dan mahkota. 





Antik Unik Misteri Tradisional

Entry saya pada kali ini , akan berkongsi mengenai sesuatu yang antik dan unik . Antik juga sering kali dikaitkan dengan sesuatu yang misteri . Hal ini kerana , barang - barang antik , adalah barang barang yang lama atau hasil peninggalan nenek moyang kita . 
Di sini terdapat beberapa info yang ingn saya kongsikan

Patung Antik Dua Wajah 
Dari tembaga/perunggu .
Bentuk patung antik , seprti patung berdiri .


Kunci Slot Pintu Jadul 
Panjang 9cm , Lebar 6cm , Tebal 4.5cm .
Tanpa anak kunci .

Tendok Kebo Bule 
Sunggu Kebo Bule ( tanduk kerbau berkulit putih  )
Panjang 32cm , Tebal 4.5cm 
Bentuk ikan , ukiran sirip ikan .


Belandong
Untuk aksesori sepeda onthel atau bel rumah .
Bunyi berdengung nyaring dua nada . 


VINTAGE :)

VINTAGE . Apa itu VINTAGE ? VINTAGE adalah sesuatu yang sudah tua , oldfashion , masa lalu , sesuatu yang sudah usang , atau lebih tepat lagi , sesuatu gaya yang ANTIK ! :) 
Vintage terbahagi dalam banyak bentuk , contohnya seperti gambar , fesyen , dekorasi , serta alat - alat perhiasan  . 

1) VINTAGE PHOTO 
Foto dengan effect vintage adalah sebuah foto dengan tone klasik , ( seperti foto kusam yang telah lama ) . Vintage sempat popular ketika penggemar foto merindukan tone polaroid diterapkan dalam era foto digital . 
Foto yang diberikan akses tne vintage akan terlihat unik kerana ciri klasik dan mood memorialnya . 
Pada zaman sekarang banyak anak muda yang suka dengan effect vintage . Kerana effect vintage mempunyai nilai di mata anak anak muda zaman sekarang . 

Ini adalah contoh kamera polaroid .


Foto antik / Vintage Photo 

2) VINTAGE FESYEN 
Vintage fesyen , atau gaya vintage adalah sesuatu gaya dan cara pemakaian pada era 20 tahun yang lalu . Namun gaya ni telah mula digunakan semula . Terutamanya pada golongan remaja dan muda mudi zaman sekarang . Gaya antik ini tidak pelik , malah cantik dan sesuai bagi semua golongan usia . Gaya vintage juga sesuai untuk mereka yang bertudung . Ini kerana , terdapat pelbagai gaya bagi gadis gadis muslimah untuk berfesyen . :) Disamping itu , gaya turban juga menjadi fesyen pada zaman sekarang . 


Gaya vintage yang cukup menarik . 

3) INTERIOR DESIGN VINTAGE
Kebanyakan rumah pada masa kini , menggunakan tema vintage bagi isi rumah mereka . Ini sudah cukup membuktikan bahawa gaya vintage , sudah terbawa bawa ke era kini . Dan gaya vintage juga cukup menarik  , selesa , dan sedap mata memandang . 



Hiasan dalam rumah . 

4) ACCESSORIES VINTAGE 
Aksesori vintage biasanya kita gunakan pada diri untuk menambah kan kecantikan pada gaya kita . Contonya seperti rantai , gelang , jam , beg , cekak , sepit , dan sebagainya . 



Hiasan vintage pelengkap gaya .










Friday, 1 March 2013

Motokar SUPERANTIK!!!

Motokar @ kereta amat mudah kita kenali kerana ia merupakan pengangkutan yang paling penting pada abad ini. Tanpa kereta, kita tidak dapat pergi ke tempat yang dihajati.
Bagi sesetengah orang menganggap kereta klasik ini tiada nilainya namun sebenarnya adalah sebaliknya.
KERETA ANTIK sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri dari sudut sejarahnya, malah cara pembuatan dan reka bentuk yang unik.
HARGAnya bukan puluhan ribu, malah memcecah ratusan ribu ringgit sehingga berjuta-juta!!!.



VOLKSWAGEN masih tersergam indah dengan keunikan reka bentuknya.



MINI COOPER menjadi rebutan pada masa kini.....


MAYBACH ZEPPLIN MENJADI WIRA dalam arena antik.



ASTRON MARTIN DB5 masih gah dengan nilai klasiknya.



MORGAN  digunakan pada era 50-an.
 Mempunyai bumbung kereta yang boleh dibuka  dan boleh ditutup.

MIG T-TYPE  masih hebat dan sering dilihat di bandar mahupun dikampung.

Antik Panggil Mari, Duit Kata Pergi...

siapa kata duit tak boleh buat kita 'happy'??semestinya memberi kebahagian pada seseorang apabila dikelilingi dengan wang yang banyak. money?wang?duit?coins?peteh? syiling?kupang? huhu.. sudah biasa kita mendengarnya. di sini, admin ingin berkongsi dengan wang lama pada era pemerintahan jepun, british dan selepas kemerdekaan di tanah melayu . pelbagai koleksi duit lama yang boleh membuat anda rasa takjub dengan nilai estetik yang ada pada wang tersebut.


Duit 5 cen zaman british 1941
                                                                 


Duit 5 cens pada zaman jepun 



 Duit pisang 10 dollar zaman jepun


RM1 1984



RM1 1967-1981


RM20 1986


RM10 1967

RM50 1967

RM100 1967




woww!! anda terkejut dengan nilai wang ini?. jangan rasa was-was . memang wujud nilai RM1000 pada tahun 1967-1988 ^^


RM1000






wang pastinya penting dalam hidup kita pada zaman serba canggih ini.
oleh itu, sebagai seorang yang budiman, cari sumber duit dan rezeki itu dengan pekerjaan yang HALAL lagi dibenarkan oleh SYARAK ..................
                                                         

Wednesday, 27 February 2013

Kabinet Antik Penyeri Rumah

Sejarah penggunaan perabot China bermula milinia AD apabila mereka mengetahui duduk diatas kerusi lebih selesa daripada duduk bersila atau duduk di lantai . Orang Barat telah menggunakan kaedah perabot ini tetapi apabila China mengetahui hal ini , mereka terus membuat secara besar - besaran . Mereka dapat membuat perabot dengan baik sekali tanpa menggunakan paku dan hanya sdikit gam dan pelekat sahaja .
Antara kejayaan perbuatan perabot adalah pembikinan kabinet .
         
Kabinet China

Ahi pembuat kabinet tidak mendapat sebarang elaun kerana almari adalah inovasi orang barat dan di Dynasti
Ming pembinaan kabinet tidak wujud . Orang China tidak menggantungkan baju mereka kerana mereka hanya lipat baju dan tidak meletakkannya secara melintang .
Orang - orang China membuat pelbagai bentuk dan warna kabinet kerana ingin melahirkan kabinet yang jarang dan unik supaya menjadi lebih bernilai . Kabinet menjadi tempat yang utama untuk menyimpan barang - barang . Kabinet yang besar , membolehkan tuannya menyimpan apapun yang dikehendakinya . Kini orang barat menggunakan kabinet yang besar ini untuk kegunaan dalam hiburan .
Barang - barang yang berharga seprti pasu porselin atau akar kayu akan disimpan kedalam kabinet jika tidak digunakan atau dipamerkan . Kabinet juga digunakan untuk menyimpan buku dan alat tulisan . Jika didalam dapur pula makanan dan barang dapur disimpan didalam kabinet . Kabinet yang unik iaitu kabinet mempunyai banyak pintu digunakan untuk menyimpan herba atau bahan - bahan membuat ubat . Kabinet selalunya diletakkan di dalam bilik perempuan di mana baju disimpan .





Jenis Kabinet 

Kabinet Segi Empat 
Kabinet Empat Penjuru Bulat 


Kabinet Selak

Kabinet Pintu Pelbagai

Kabinet Dapur