Membuka ke pintu blog hari ini, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak berkaitan sejarah . Bahan - bahan sejarah tidak hanya tertumpu pada artifak dan arkeologi sahaja . Melihatkan dokumen-dokumen sejarah yang sukar didapati pada zaman ini membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi serba sedikit wadah wacana saya berkaitan dokumen sejarah tanah air kita . Sejujurnya saya bukanlah pengemar bahan sejarah sebegini , namun melihatkan minat yang ayah saya miliki dan kesungguhan beliau mengkaji bahan-bahan sejarah ini sebagai koleksi peribadi membuatkan saya mula menghargai betapa pentingnya sejarah pada
peradaban manusia kini .
tapak hantaran yang digunakan lazimnya pada zaman dahulu sebagai tempat meletak barang-barang hantaran .
menjadi kelaziman bagi masyarakat Melayu zaman dahulu mengamalkan amalan makan sireh pinang . Tapak sireh ini turut disertakan dalam majlis-majlis pertunangan dan perkahwinan sebagai simbolik kepada barang hantaran .
Lampu gasolin ini menjadi peneman tika kegelapan melanda . Menggunakan minyak gasolin , lampu ini mampu menerangi suasana pekat malam yang indah .
No comments:
Post a Comment