Wednesday 20 February 2013

Barang Antik Part 2

Melihat kepada barangan antik ini terimbau kita akan kenangan-kenangan masa lalu yang mengusik kalbu . Antara barangan antik yang turut menjadi santapan mata adalah :




Keris menjadi lambang kekuatan pada zaman dahulukala . Mempunyai ukiran besi yang menarik ditambah bentuk hulu yang dipahat indah , keris menjadi pilihan pengumpul barangan antik sebagai barangan koleksi .


 Radio lama yang menjadi pilihan saat zaman sekitar 60an .



Seterika lama yang menggunakan tenaga stim sebagai alat pemanas. Seterika arang adalah satu satunya alat yang digunakan utnuk menggosok pakaian kita sebelum adanya kuasa elektrik . Kini seterika yang digunakan adalah seterika karan yang mana menggunakan kuasa elektrik  utnuk memanaskan dan lagi mudah serta elok hasilnya . 
Selain dari arang , tempurung juga digunakan untuk kuasa pemanas seterika arang ini . Ada juga kadangkala itu sebarang jenis bara api digunakan tetapi tidaklah sebaik arang atau tempurung kelapa . Kini seterika arang sudah menjadi barang hiasan antik sahaja kerana ianya tidaklah sebaik seterika karan yang ada sekarang .


Bekas celak yang digunakan sebagai salah satu barang hantaran .


 Lampu minyak tanah


 Basikal tua yang kini mencecah ribuan ringgit kerana nilai estatikanya .


Radio piring hitam yang kini sukar ditemui .

No comments:

Post a Comment